Ada Akaun?

RPT

CATEGORY: | Saturday, February 26, 2011
0
Assalamualaikum

Rancangan Pengajaran Tahunan

Tahniah kepada semua guru j-QAF Arab yang telah berjaya menempuhi seminggu alam persekolahan. Sememangnya dapatan setelah usai seminggu bertugas telah memberikan sedikit gambaran untuk mengorak langkah yang lebih baik pada hari yang mendatang demi menggalas tanggungjawab dengan efektif dan cemerlang. 

Berikut adalah pautan ke Rancangan Pengajaran Tahunan yang merupakan salah satu tugasan penting guru di sekolah. Untuk mendapatkan contoh RPT subjek bahasa arab KSSR Tahun Satu, sila kunjungi:

(lihat bahagian kanan laman, di ruang MUAT TURUN)

Blog Miorjqaf
(lihat bahagian kiri lman, di ruang MUAT TURUN >> RPT)

(lihat bahagian kiri laman, ruang MENU)

jOm Ikhlas dalam Bertugas 

Tugasan dan Tarikh Penting

CATEGORY: , | Saturday, February 19, 2011
0
Assalamualaikum


Untuk Perhatian: Berikut adalah senarai Tugasan serta Tarikh Akhir untuk setiap tugasan yang diterima



  1. 10/03/2011: Pengurusan Sumber
        • Latihan Grafik
  2. 31/03/2011Pengurusan Sumber
        •  Latihan teknologi  dan komunikasi
  3. 04/04/2011Pengurusan Sumber
        • Prinsip rekabentuk
  4. 20/04/2011 Pengurusan Sumber
        • Latihan persembahan elektronik
  5. 28/5/2011
    1. Bahasa Melayu Komunikasi
        • Fungsi Bahasa Melayu
        • Kesantunan berbahasa
        • Wacana
        • Laras bahasa
        • terjemahan
        • Komunikasi bertulis
        • Komunikasi khalayak 
    2. Penyuburan Diri Insan Guru
        • Ketrampilan diri
        • Kecekapan personal
        • Pembinaan insan guru yang seimbang
        • Pengurusan perubahan
        • Pengurusan tekanan
    3. Pengurusan Sumber
        • MOS
    4. Bahasa Inggeris
        • Muka surat 58 & 69
  6. 10/06/2011: GERKO





maklumat kredit kepada: ustazah Nur Sakinah :)



Senarai guru j-QAF Arab IPTI

CATEGORY: |
0

Assalamualaikum

Berikut merupakan nama serta maklumat penting guru j-QAF Arab di IPG Temenggong Ibrahim

(KLIK untuk tumbesaran)

Bahan Bantu Mengajar

CATEGORY: | Wednesday, February 16, 2011
0
Assalamualaikum

Berikut adalah Bahan Bantu Mengajar yang khusus untuk anda yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Ternyata ianya sangat menarik dan dapat membantu pengajaran dengan lebih efektif. 


Sebarang pembelian bolehlah dirujuk di SINI

Notakaki: Tahniah kerana telah berjaya mendapat penempatan mengajar.. Sudah bersediakah anda untuk memikul tanggungjawab?? pastikan kendiri bersedia dari aspek mental dan fizikal serta berlapang dadalah menjalankan tugas nanti. Lillahi Ta'ala. Selamat Bertugas

Semakan Penempatan GSST IPGKTI

CATEGORY: | Tuesday, February 15, 2011
0
Assalamualaikum



Perhatian untuk semua warga KPLI j-QAF Arab di IPGKTI
Berita gembira untuk anda..
Anda boleh menyemak status negeri penempatan bagi GSST
 di SINI

untuk makluman, Sila hubungi JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR  (SEKTOR RENDAH) untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan penempatan anda


nombor telefon pegawai berkenaan:
07 2332319

Terima Kasih

Promosi: Album lagu bahasa arab

CATEGORY: , | Friday, February 11, 2011
0

Assalamualaikum

Kalian masih ingat Jurulatih Utama j-QAF negeri darul Ta'zim ini??  kalini, admin blog berbesar hati ingin mempromosikan album terbaru beliau..iaitu:
(lihat gambar)



ya, lagu2 bahasa arab tahun satu sesuai dengan dasar KSSR yang baharu.. bagi yang berminat menjalankan p&p dengan bernyanyi riang.. sudah tentu lagu2 begini dapat membantu p&p setelah ditempatkan di sekOlah nanti. p&p alaf baru kini tiada lagi istilah mengajar sekadar 'Chalks and Talks' tetapi sebaliknya guru-guru lebih kreatif dan efektif dengan kaedah pengajaran yang baharu seperti menyanyi. hanya dengan RM20, anda pasti berpuas hati :)

macam mana nak beli?? simply click this   

Terima kasih juga kepada ustaz miOr kerana sudi berkOngsi pengalamannya pada 'taaruf week' yang lepas..walau cuma sedetik dua, kami tetap hargainya! terima kasih sekali lagi kerana sudi menjadi follower blog picisan ini..sekian, mohon tunjuk ajar serta bimbingan yang berterusan dari JU kita..


Minggu Bertenang

CATEGORY: , |
0
Assalamualaikum...

Alhamdulilah.. usai sudah minggu Orientasi di IPTI. selain sudah merasai kemesraan dengan DDKA, DST, blok G, blok H serta 'bonding' dalam kalangan warganya..pastinya banyak input yang kalian perOlehi. Talk by talk..speech by speech, usah sekadar masuk di telinga kanan, keluar di telinga kiri. :) 

Coming up next, kita harus terus bersabar menanti surat penempatan sekOlah yang bakal kunjung tiba pada 21 Februari nanti..benarlah kata Ustaz Azhar..should be minggu ini adalah MINGGU BERTENANG.. teruskan berdOa..semoga ada keajaiban yang muncul! 

Seterusnya peringatan buat kalian, supaya sentiasa menjenguk laman IPG dan semestinya laman pOrtal j-QAF yang tersedia di ruang pautan "Al Wuslah" di sidebar belah kanan blog ini. sila tengok sekarang, ada tak?? then, jangan lupa untuk membuka akaun j-QAF Arab dengan menambah maklumat diri serta gambar di laman pOrtal j-Qaf sepertimana yang telah ditaklimatkan pada hari khamis yang lepas. 

Akhir sekali, pesan dari admin sendiri, usah buat-buat lupa akan perihal  "amal manziliy" ataupun hOmework yang telah diberikan..rajin-rajinlah juga membelek mOdul yang menimbun untuk persediaan kita semua sebelum menjejakkan kaki ke bumi temenggOng untuk interaksi yang pertama pada bulan Mac nanti.

Sekian, Selamat menempuh suasana baru. Jazakumullahu Khaira Jaza'..



regards, 
admin